Apa yang penting bagi Zainal adalah pemain mampu memberi cabaran kuat dalam aksi timbal balik di laman sendiri.
"Memang tidak dinafikan sukar untuk kami menewaskan mereka, saya mengharapkan para pemain beri aksi terbaik untuk terus kekalkan momentum," ujar Zainal.
Kapten dan tonggak pertahanan, Razman Roslan masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan belakangnya.
Namun, penggempur utama, Dickson Nwakame sudah bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama selepas hanya turun pada babak kedua ketika aksi Piala Malaysia berdepan PDRM, Sabtu lalu.
"Dickson telah disahkan cergas untuk aksi perlawanan malam ini, manakala kapten pasukan Razman Roslan yang mengalami kecederaan belakang akan direhatkan.
Sumber : Astro Arena


0 comments :
Post a Comment