Mempunyai kelebihan selaku pasukan Liga Super, PDRM sudah pastinya mengharapkan 3 mata penuh mampu dituai sekaligus meletakkan pasukan itu kembali ke kedudukan yang lebih selamat.
"Saya melihat perlawanan menentang Pulau Pinang adalah sebagai langkah buat kami untuk bangkit, kemenangan dalam perlawanan ini akan mengurangkan tekanan buat pasukan menjelang perlawanan akan datang," kata Fauzi.
Ketiadaan tonggak pasukan Afif Amiruddin akibat pergantungan, PDRM kelihatan tidak terjejas dengan untuk perlawanana akan datang ini.
Malah pertemuan menentang Pulau Pinang ini memberikan peluang buat Fauzi untuk membuat beberapa pertukaran strategi dan pemain.
Bagi Fauzi, perubahan harus dilakukan kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lepas ketika bolos 4 gol kepada Pahang.
"Dalam beberapa hari ini, kami telah membuat latihan dan pertukaran taktikal berikutan kekalahan yang lepas, dan saya juga menggesa para pemain supaya lebih fokus di babak akhir perlawanan.
Sumber : Astro Arena


0 comments :
Post a Comment