Terkini!
Loading...

"TIADA INDIVIDU YANG LAYAK GANTI TENGKU ABDULLAH"

Pengendali Felda United Irfan Bakti berpendapat barisan sedia ada tiada seorang pun yang layak menjadi pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Secara peribadi saya rasa Tengku Abdullah tidak seharusnya tunduk kepada tekanan yang mendatang kerana pada saya ramai pihak yang mencemburui jawatannya, pada saya baginda harus teruskan perjuangan memartabatkan bola sepak negara," kataya.

Irfan turut berpendapat seorang pemimpin haruslah berani dan dinamik dalam menjalankan tugas.

Disamping itu, Datuk Seri Affandi Hamzah enggan terburu-buru dengan kenyataan rasmi dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu berundur dari badan induk bola sepak negara itu.

Tengku Abdullah telah beri jaminan akan berundur dari FAM secara berperingkat dalam tempoh setahu ini selepas aksi hambar skuad bola sepak negara di pentas antarabangsa.

Baginda telah pun menyatakan bahawa akan menyerahkan tugasan kepada Timbalan Presiden Datuk Affandi Hamzah selaku pemangku.

Walaubagaimanpun, Affandi berpendapat dia masih belum bersedia menerima tugasan itu apabila dihubungi Nadi Arena.

"Saya akan berjumpa jawatankuasa dahulu bagi membincangkan perkara tersebut, saya terlebih dahulu perlu mengadap baginda Presiden bagi mengetahui soal terperinci," katanya.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment