Terkini!
Loading...

'FAM BUKAN AGENSI KESELAMATAN'

Pemangku Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John berkata insiden kekecohan penyokong lawan Arab Saudi dibawah tanggungjawab FAM tetapi sebarang kepincangan aspek keselamatan bukan terhadap satu pihak sahaja. 
FAM ketika ini perlu memberi maklum balas terhadap dua surat tunjuk sebab daripada FIFA dan Pesuruhjaya Sukan.
Antara penjelasan yang perlu diberikan FAM membabitkan kepincangan aspek keselamatan di Stadium Shah Alam pada perlawanan tersebut

"FAM sendiri tidak boleh menguruskan satu perlawnan secara persendiriaian kerana mereka bukan agensi keselamatan"

"Mereka harus buat laporan yang merangkumi mesyuarat-mesyuarat yang diaturkan antara FAM dan pihak keselamatan serta pelan tindakan yang dilakukan bagi menangani masalah tersebut" kata Windsor.

Berdasarkan kes terdahulu membabitkan insiden penyokong, persatuan bertanggungjawab dikenakan denda atau kombinasi yang bakal menyaksikan Harimau Malaya beraksi tanpa kehadiran penyokong.

"Denda bermain di stadium kosong ataupun bermain di stadium neutral adalah satu kemungkinan. Ini adalah yang bakal dihadapi FAM kalau kita ikutkan sejarah lama" katanya.

AFC menerusi Windsor bagaimanapun mengesahkan setakat ini FAM masih belum menyalurkan sebarang laporan kepada FIFA.
Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment