Terkini!
Loading...

TOK GAJAH TERSINGKIR MELAWAN

Pahang terpaksa melupakan kempen Piala AFC 2015 biarpun berjaya membenam kelab dari Tajikistan, Istiklol FC 3-1 di Stadium Darul Makmur, malam ini.  
Jelas sekali keputusan 4-0 dalam pertemuan pertama peringkat suku akhir di Dushanbe menjadi bekalan cukup selesa buat pelawat meneruskan kemaraan secara agregat 5-3.

Walaupun menyedari Istiklol FC memiliki kelebihan besar, pemain Tok Gajah tetap tampil bersemangat sejak awal permainan selain memberi kesempatan kepada pemain pertahanan, Aziz Ismail dan Nasril Nourdin di depan gawang. 

Pahang memiliki beberapa peluang untuk mendahului perlawanan lebih awal, bagaimanapun peluang yang dicipta gagal diterjemahkan dengan baik sebelum tandukan Hafiz Kamal menggegar jaring gol pada minit ke-31. 

Selepas itu kelekaan di bahagian pertahanan Pahang hampir dihukum Istiklol FC yang diketuai Fatkhullo Fatkhuloev. 

Keadaan menjadi rumit untuk Pahang mencari tambahan gol apabila Mohd Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah, kerana didakwa menyepak muka Fatkhullo sebelum tamat babak pertama. 

Walaupun beraksi tempang kurang seorang pemain, Pahang terus memberi tekanan kepada benteng lawan sehingga membawa kepada gol kedua menerusi gerakan bijak Dickson Nwakaeme yang melakukan umpanan yang disudahkan Hafiz Kamal. 

R. Gopinanthan, Mohd Rizua Shafiqi Kamarulzaman dan D. Saarvindran kemudian diperkenalkan dalam separuh masa kedua untuk mengukuhkan permainan tuan rumah. 

Percaturan itu membuahkan hasil apabila Saarvindran menjadikan kedudukan 3-1 di penghujung perlawanan tetapi kebangkitan itu sudah terlewat.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment