Terkini!
Loading...

"SAYA DATANG BUKAN UNTUK LAKUKAN KEAJAIBAN"

"Saya datang bukan untuk lakukan keajaiban" itulah kenyataan yang dibuat bekas pengendali skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal sebaik diberi kepercayaan untuk mengemudi skuad Bujang Senang.
Semangat dipamerkan pemain menarik perhatian Rajagobal untuk mengemudi skuad itu bermula 1 Disember ini.

"Secara peribadi, Sarawak adalah pasukan yang baik. Seperti yang dikatakan presiden (Sudarsono), saya datang bukan untuk melakukan keajaiban tapi akan melakukan yang terbaik untuk Sarawak," katanya.

Kali terakhir Rajagobal mengendalikan sebuah pasukan atau kelab merupakan 14 tahun lepas ketika itu bersama Kelantan dari musim 2001-2002.

Disamping mengemudi skuad senior, Rajagobal turut terlibat dengan menyediakan program pembangunan peringkat belia.

"Datuk Rajagobal seorang jurulatih tempatan tetapi mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa. Selaku bekas ketua jurulatih negara, pengalamannya mampu membantu Sarawak.

"FAS berharap beliau dapat membentuk satu pasukan yang mampu bersaing di Liga Super musim depan, di samping mengenalpasti pemain muda Sarawak yang dapat diserap dalam pasukan senior kita," katanya dalam sidang media mengumumkan pelantikan tersebut.

Disamping itu, penolong ketua jurulatih, David Usop bakal mengendalikan Sarawak bagi saingan Piala Malaysia Sabtu ini.

Rajagobal akan menjadikan kempen Piala Malaysia sebagai pentas untuk menilai setiap pemain yang beraksi bagi menyediakan pasukan itu bagi saingan Liga M musim depan.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment