![]() |
| Pengendali Sarawak, David Usop beri amaran kepada anak buah jangan leka apabila berdepan Perak Sabtu depan. |
"Perak sebuah pasukan yang kuat dengan corak permainan pantas. Justeru pemain tidak boleh leka kerana kesilapan akan membawa padah kepada kita," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
David berkata Sarawak juga kemungkinan besar kehilangan dua tonggak iaitu pemain tengah Ramseh Lai Ban Huat dan pemain pertahanan Hairol Mokhtar yang masing-masing mengalami kecederaan.
"Ramesh mengalami kecederaan lutut yang serius, manakala Hairol cedera akibat berlanggar dengan pemain ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," katanya.
Mengulas mengenai perlawanan menentang ATM malam tadi, David melahirkan rasa lega dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan berkenaan.
Beliau berharap kemenangan ke atas ATM akan menjadi pembakar semangat kepada anak buahnya untuk terus melakar kemenangan, walaupun tidak banyak pihak yang memberi harapan tinggi kepada Sarawak melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia.
Katanya pada perlawanan menentang ATM, pasukannya beraksi di bawah kemampuan sebenar dan segala kelemahan perlu diatasi segera apabila berdepan Perak.
Disamping itu, Datuk K. Rajagobal yang bakal mengambil alih jawatan jurulatih 1 Disember ini menggunakan kesempatan Piala Malaysia ini sebagai platform untuk menilai prestasi pemain sebelum memulakan kempen Liga M musim depan.
Sumber : Astro Arena


0 comments :
Post a Comment