Terkini!
Loading...

GELANGGANG DIBUKA, RUNDINGAN BERMULA?

Tirai kempen Piala Malaysia 2015 telah disingkap secara rasmi menerusi aksi tunggal Jumaat lalu dan tujuh perlawanan yang berlangsung pada Sabtu.
Tatkala Johor Darul Takzim, Pahang dan Felda United menepati status sebagai pasukan pilihan menerusi kemenangan aksi pertama, nasib berbeza dialami juara 32 kali Selangor apabila tumbang 0-3 menentang pasukan bermasalah Kelantan di Shah Alam.

Keputusan tidak diduga juga hadir dari Stadium Bandaraya apabila Pulau Pinang yang layak ke Liga Super musim depan diaib 0-3 oleh PKNS FC.

Ini jelas menunjukkan kejohanan tertua di rantau asia ini sering menghadirkan elemen kejutan ketika beberapa pasukan seperti Terengganu dicanang sebagai juara.

Namun, di sebalik kerancakan awal Piala Malaysia ada cerita yang menarik untuk diperkatakan. Malah, perkhabaran mengenainya juga sudah bertiup kencang.

Penghijrahan - mungkin satu spekulasi tapi ia bakal menjadi kenyataan.

Difahamkan, ketika ini pemain-pemain sibuk melakukan rundingan untuk menentukan hala tuju masing-masing musim depan.

Sama ada kekal atau sebaliknya, hanya ada satu jawapan untuk persoalan itu namun, dikhabarkan penghijrahan besar-besaran bakal berlaku oleh sebuah pasukan dari pantai Timur.

Ia gara-gara kemelut kewangan yang dialami pasukan terbabit ketika pemainnya masih terikat dengan kontrak masing-masing.

Sayang jika itu berlaku kerana barisan pemain yang dimiliki pasukan berkenaan mampu menjadi mereka sebagai pasukan handalan dalam jangka masa panjang.

Selain itu, beberapa pemain bintang daripada beberapa pasukan ternama turut bakal digugurkan selain mencari nafas baru untuk karier masing-masing.

Apa jua perancangan para pemain musim depan, diharapkan mereka bersikap profesional dalam apa jua keputusan dan adalah lebih baik sekiranya fokus dulu cabaran Piala Malaysia.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment