Terkini!
Loading...

THE FIGHTERS LAUNG AMARAN AWAL

Felda United laung amaran dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia apabila tampil garang menewaskanT-Team 3-0 dalam aksi Kumpulan C di Stadium Selayang
Tatkala kemenangan ke atas T-Team sudah dijangka, The Fighters tidak mengambil mudah pertemuan ini malah tampak hilang rentak di awal permainan.
Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai pada minit ke-35 apabila hantaran Zah Rahan Krangar berjaya disempurnakan Ndumba Makeche untuk skuad Felda di depan.
Selang seminit, pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti apabila Ferris Danial dikasari dan peluang itu tidak disia-siakan Indra Putra Mahayuddin sekaligus menjadikan kedudukan 2-0.
Babak kedua, pasukan pelawat cuba bangkit untuk memberi saingan namun kehebatan skuad Felda lebih terserlah apabila melebarkan jurang menerusi Makeche pada minit ke-70.
Mendahului selesa 3-0, Felda mula mengendurkan asakan namun, pasukan pelawat tetap buntu untuk mendapatkan gol dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.
Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment