Terkini!
Loading...

PERLU MOHON UNTUK BAWA MASUK GENDANG

Kumpulan penyokong yang berdaftar dibawah pasukan bola sepak hanya dibenarkan membawa masuk gendang ke Stadium Shah Alam selepas mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Membawa gendang ke stadium ini bukan kata tidak boleh. Ia masih boleh dibawa masuk. Tetapi permohonan perlu dibuat oleh kumpulan penyokong yang berdaftar melalui persatuan bola sepak. Ia hanya dikuatkuasa di Stadium Shah Alam," kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Haji Mamat ketika ditemubual menerusi telefon hari ini.
Pihak polis meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Shah Alam gara-gara kekecohan yang berlaku ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi di baru-baru ini.
Selain menyusun semula proses pemeriksaan penyokong dan para peniaga, peralatan-peralatan seperti gendang turut menjadi perhatian pihak polis.

Tiada paluan gendang ketika aksi Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia Sabtu lepas menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir penyokong.

"Pihak penyokong bola sepak Selangor ada berjumpa saya sebelum perlawanan menentang Kelantan. Mereka akur untuk tidak membawa gendang ke stadium.

"Saya tahu ramai yang benar-benar mahu menyaksikan bola sepak. Saya juga ada berjumpa mereka selepas perlawanan berhubung perkara ini, mereka menyatakan sokongan terhadap kami," tambahnya. 

Paluan gendang di stadium menjadi tradisi kepada penyokong sesetengah pasukan bagi menaikkan semangat pemain-pemain ketika beraksi di atas padang. 


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment