Terkini!
Loading...

CALON JURULATIH HARIMAU MALAYA MASIH SAMAR

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mokhtar Ahmad menjelaskan bahawa calon jurulatih Harimau Malaya akan diketahui hujung tahun ini namun berbeza pula kisahnya bagi jawatan jurulatih skuad Harimau Muda.
Beliau yang ditemui di Wisma FAM berkata bahawa FAM mempunyai masa sebulan hingga tiga bulan untuk mencari calon namun bertegas Harimau Muda memerlukan jurulatih baru dalam jangka masa pendek ini.

"FAM telah pun mengiklankan mengenai jawatan tersebut dan kami menawarkan jawatan tersebut secara terbuka untuk sesiapa sahaja tidak kira jurulatih luar atau pun tidak, bagaimanapun sudah pasti kami meletakkan kriteria tertentu," katanya.

Datuk Mokhtar turut memaklumkan bahawa FAM memahami situasi pengendali sementara Datuk Ong Kim Swee yang turut memerlukan jawapan segera.

"Bulan September ini merupakan masa untuknya membuat keputusan mengenai masa depannya yang akan tamat kontrak Disember ini namun kami memerlukan khidmatnya untuk pasukan senior buat sementara ini," katanya.

Disamping itu, Datuk Mokhtar turut menjelaskan bahawa mesyuarat Exco akan datang akan membincangkan mengenai kedudukan Harimau Muda sama ada untuk kekalkan sistem sedia ada atau tidak disamping mencari jurulatih baru.

"Kami akan mengadakan panel pemilihan yang rata-rata dibarisi wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan FAM sendiri untuk menilai" katanya.

Setelah Datuk Ong Kim Swee mengemudi skuad senior, kerusinya masih lagi tidak diisi sekaligus memaksa FAM untuk mencari pengganti secepat mungkin.
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment