Terkini!
Loading...

AZAMUDDIN TIDAK KESAH KEKAL SEBAGAI PENYERANG

Pemain sayap kebangsaan, Azamuddin Akil membuktikan dia mampu juga beraksi selaku penyerang apabila meledak hatrik, ketika membantu Pahang menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-3 dalam aksi kumpulan D, Piala Malaysia pada Sabtu.
Azamuddin lebih sinonim selaku pemain sayap, namum pemain kelahiran Kuala Lipis ini jelas seorang pemain serba boleh berlandaskan aksi yang dipemerkan pada Sabtu.

Bagaimanapun, Azamuddin menganggap dirinya hanya melaksanakan tugas yang dimanahkan pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan bagi memastikan percaturan taktikal berkesan berdepan PDRM.

Azamuddin menyerahkan kepada Zainal, sama ada mahu membariskannya sebagai penyerang atau pemain sayap dalam aksi selepas ini.

Bagi Azamuddin bukan mudah bedepan PDRM tanpa bebeapa tonggak utama, namun kesungguhan pemain turut membolehkan kemenangan diraih dilaman sendiri.

"Alhamdulillah saya dapat beraksi sebab saya dah lama tak beraksi. Saya tak ada masalah kalau jurulatih bagi peluang saya main sebagai penyerang sebab saya tetap akan bagi 100% untuk kebaikan pasukan

"Mungkin game pertama kita agak perlahan tapi kita berjaya dapat gol awal dan kutip tiga mata penuh di laman sendiri," katanya.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment