Elavarasan turut menegeaskan bahwa hujan lebat sebeleum perlawanan nyata beri kesan terhadap corak permainan kedua-dua pasukan.
"Sasaran kami untuk mendapatkan tiga mata penuh namun kita tidak sangka kita dapat menjaringkan dua gol awal dan itu perbezaanya yang memberi lebih semangan kepada pasukan saya"
Manakala Jacksen Tiago selaku pengendali Harimau Kumbang akui kecuaian dan kehilangan fokus punca kekalahan besar malam tadi di rumah sendiri.
"Kami banyak melakukan kesilapan dan tidak begitu fokus serta beberapa kejadian di atas padang yang mempengaruhi emosi pemain"
"Kami harus ambil hikmah, belajar dari kesilapan dan beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan seterusnya"
Pertemuan Kumpulan D itu menyaksikan Pulau Pinang harapkan kelebihan laman sendiri untuk mengutip mata penuh.
Pulau Pinang nyaris di depan pada minit ke-12 namun tandukan Faiz Subri sekadar menggegar palang.
Tanpa diduga, PKNS berjaya memecah kebuntuan selepas Nazrin Syamsul Bahri bijak manfaat gerakan babitkan Patrick Ronaldinho pada minit ke-17.
Seminit berselang, pelawat gandakan jaringan, kali ini menerusi percubaan cantik Gabriel Miguel Guerra dari sebelah kanan padang.
Menambah derita tuan rumah, penyerang importnya, Hilton Morreira dilayangkan kad merah minit ke-19 akibat menyiku pertahanan PKNS, P. Gunalan.
Kesempatan itu dimanfaatkan sebaik mungkin pelawat untuk memperoleh gol ketiga menerusi Nizam Abu Bakar minit ke-54 susulan daripada serangan balas.
Sekaligus memberikan permulaan positif buat skuad Semut Merah untuk membawa pulang tiga mata penuh.
Sumber : Astro Arena
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)


0 comments :
Post a Comment