Terkini!
Loading...

PAHANG CEMAS DILAMAN SENDIRI

Juara bertahan, Pahang terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi pertama Kumpulan D saingan Piala Malaysia 2015 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.
Pemain kebangsaan, Mohammad Azamuddin Mohammad Akil beraksi cemerlang apabila menjaringkan hatrik buat skuad 'Tok Gajah' pada minit kedua, ke-34 dan ke-64.

Skuad 'The Cops' pula memperoleh jaringan menerusi penyerang import dari Mali, Dramane Traore pada minit ke-12, Ashfaq Ali (ke-71) dan Jaime Celestino Dias Braganca (ke-74) untuk kedudukan terikat 3-3, sebelum penyerang berbisa Pahang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme mengesahkan kemenangan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-79.

Pada satu lagi aksi Kumpulan D, pasukan PKNS FC memanfaatkan peluang selepas pengadil, Ku Alauddin Ku Muhammad melayangkan kad merah kepada Hilton Mauro Moreira pada minit ke-21 kerana mengasari pemainnya, P. Gunalan untuk melakar kemenangan 3-0 ke atas pasukan tuan rumah, Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.

Pasukan pelawat membuka jaringan melalui Mohd Nazrin Syamsulbahri pada minit ke-17 sebelum Gabriel Miguel Guerra menggandakan jaringan pada minit ke-18 sebelum Mohd Nizam Abu Bakar melengkapkan kemenangan bergaya PKNS FC pada minit ke-54 untuk menghuni tangga teratas kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan berbanding Pahang.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment