Terkini!
Loading...

TRW TEMUI KETAJAMAN DI SHAH ALAM

Kelantan melakar kejutan di Shah Alam apabila menundukkan juara 32 kali Selangor 3-0.
Import The Red Warrior Gilmar dan Austin Amutu menjadi wira apabila terlibat dalam kesemua gol dijaringkan.Gilmar meledak dua gol pada minit ke-26 dan 53 manakala Amutu pada minit ke 49.

Kemenangan yang dilakar ternyata amat penting buat skuad kendalian Zahasmi Ismail untuk memulakan kempen saingan Piala Malaysia dengan moral tinggi.

Sementara itu, Pasukan kelab Liga Super, Felda United FC (FUFC) turut melakar kemenangan 3-0 ke atas T-Team di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam satu lagi aksi Kumpulan C.

Pemain import dari Australia, Ndumba Makeche meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-35 sebelum Indra Putra Mahayuddin menggandakan jaringan melalui sepakan penalti tiga minit kemudian. 

Makeche melebarkan jurang gol apabila menyumbat masuk gol kedua peribadinya pada minit ke-70 untuk memberikan kemenangan 3-0 kepada skuad 'The Settlers'.

Pada saingan Kumpulan A pula, keempat-empat pasukan berkongsi satu mata apabila kedua-dua perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri.

Juara Piala FA 2015, Lions XII gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila terikat 1-1 dengan juara Liga Perdana 2015, Kedah di Stadium Jalan Besar.

Skuad 'Helang Merah', bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Sandro da Silva Mendonca pada minit ke-16 sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Shahdan Sulaiman, dua minit kemudian.

Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu yang turun tanpa dua tonggak import di barisan serangan, Paulo Rangel dan Issey Farran Nakajima akibat digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), gagal meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Sarawak pula menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menang tipis 1-0 ke atas pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Negeri, menerusi jaringan tunggal Joseph Kalang Tie pada minit ke-90.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B semalam, naib juara Piala Malaysia tahun lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan 2-0 ke atas Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menerusi jaringan Mohd Safee Sali pada minit ke-17 dan S.Chanturu pada minit ke-21.

Skuad Harimau Selatan mendahului Kumpulan B dengan kelebihan jaringan berbanding Sarawak.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment