Beliau ditemui di Wisma FAM sebaik selesai mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan memaklumkan bahawa aksi Piala Malaysia akan ditunda sekiranya keadaan udara tidak mengizinkan.
"Kita telah berbincang banyak perkara pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, sebentar tadi dan turut mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan berkaitan isu jerebu ini.
"Jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebih 150 maka sebarang perlawanan Piala Malaysia akan dibatalkan namun ianya hanya boleh ditentukan pada masa hari perlawanan itu sendiri kerana keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Jerebu terlalu tebal mampu menganggu pernafasan pemain yang sedang beraksi.
Pihak FAM akan memantau tahap IPU setiap 1 jam.
Bagaimanapun, Affandi memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pertandingan akan bertanggungjawab menentukan tarikh baru perlawanan.
"Setakat ini tiada aduan diterima dari pasukan yang beraksi di Piala Malaysia pada Sabtu kerana keadaan masih tidak mencecah tahap tidak sihat ketika itu," katanya.
Disamping itu, Datuk Seri Affandi Hamzah enggan beri komen mengenai kedudukannya yang telah diangkat selaku Pemangku Presiden oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Tugas sebagai Timbalan dan Jawatankuasa akan diteruskan ketia ini," katanya.
Sumber : Astro Arena
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)


0 comments :
Post a Comment