Hassan telah cuba untuk mengatur aksi persahabatan berdepan Singapura namun Persatuan Bola Sepak Singapura tidak dapat menghimpunkan pasukan mereka pada 19 September ini.
Pengendali pasukan itu juga cubaan untuk mengadakan aksi persahabatan dengan Vietnam, namun tiada maklum balas daripada pihak persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).
"Saya memerlukan sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan sebelum saingan kelayakan AFC, saya telahpun berhubung dengan pihak Frenz United bagi menggantikan perlawanan menentang Singapura," ujar Hassan.
Namun, Hassan kekal optimis untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu aksi persahabatan antarabangsa bawah 19 tahun sebelum ke China untuk saingan kelayakan AFC.
Dalam pada itu, Hassan turut menyerapkan tujuh pemain baru dari Frenz United, T-Team dan kelab liga FAM, Real Mulia untuk saingan kelayakakan AFC.
"Saya berharap kehadiran tujuh pemain ini mampu meningkatkan kekuatan pasukan selepas kita gagal di kejohanan AFF yang lalu.
Barisan muda negara berdepan cabaran sukar kelayakan AFC apabila diundi dalam kumpulan I bersama China, Korea Utara dan Macau.
Sumber : Astro Arena
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)


0 comments :
Post a Comment