![]() |
| Pengendali skuad bawah-19 tahun negara, Hassan Sazali Waras sudah mengenal pasti muka baru yang akan bersaing kelayakan AFC Bawah-19 Tahun bulan depan. |
Sejauh mana keberkesanan kehadiran mereka dalam pasukan akan diuji dalam aksi persahabatan berdepan Frenz United 19 September ini.
"Safawi dari segi persembahan tak nampak janggal kerana dia mewakili pasukan T-Team. Kematangannya dalam permainan tampak ketara.
"Amirul berbeza berbanding Safawi kerana dia boleh bermain di tiga posisi. Ini memudahkan percaturan ketika berdepan pasukan seperti Korea dan juga China nanti," terang jurulatih itu.
Amirul dan Safawi sedar mereka masih perlu bekerja keras untuk berada dalam senarai akhir yang akan bersaing di Kelayakan AFC.
"Saya tidak menghadapi masalah bersama pasukan kerana sudah bersama mereka sejak dari tingkatan lima. Tapi persaingan sekarang lebih sukar dengan kehadiran pemain sedia ada dan dari Frenz united.
"Jadi saya perlu berjuang," tegas Safawi.
Sumber : Astro Arena


0 comments :
Post a Comment