Terkini!
Loading...

WAJAR ATAUPUN TIDAK PROGRAM HARIMAU MUDA DIBUBAR?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberitahu bahawa mereka akan membincangkan mengenai masa depan program Harimau Muda samada akan dikekalkan ataupun tidak dalam masa terdekat ini.
Satu laporan akan disediakan untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM akan datang bagi membantu dalam membuat keputusan sama program Harimau Muda akan terus dikekalkan ataupun tidak.

Golongan pakar dalam bola sepak termasuk media, teknikal dan akademik akan membincangkan dalam mengenani program Harimau Muda yang melibatkan skuad B-23, B-21 dan B19 negara.

Namun, jika kita lihat pencapaian yang diperoleh daripada program Harimau Muda boleh dibanggakan. Sejak ditubuhkan pada tahun 2008 dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee, mereka berjaya memenangi Liga Perdana musim 2009/2010. Pada tahun 2011, skuad bawah 23 tahun berjaya meraih pingat emas di temasya kejohanan Sukan Sea.

Ong Kim Swee juga menyuarakan beberapa langkah harus diambil jika FAM mengambil keputusan untuk membubar program ini antaranya adalah mewajibkan dua pemain muda beraksi dalam setiap pasukan yang bertanding di Liga Malaysia.

"Saya percaya kelab dan pasukan negeri harus mengambil langkah yang sewajar jika program Harimau Muda ini tidak akan dikekalkan. Kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam mencungkil bakat baru dari setiap negeri," ujar Kim Swee ketika ditemubual di perkarangan Wisma FAM.

Ditanyakan pendapat mengenai program pelapis pasukan kebangsaan di luar negara, sesebuah akademi kelab bola sepak yang memainkan peranan untuk menjana dan menghasilkan pemain yang berbakat untuk dibawa masuk ke dalam skuad kebangsaan, namun berbeza situasinya jika di Malaysia.

"Walaupun Malaysia dan FAM banyak kritikan tetapi kita amat unik, dimana FAM memainkan peranan dalam usaha mengambil pemain muda untuk dipertingkatkan lagi kebolehan mereka.

"Banyak pencapaian yang telah tercipta oleh barisan pemain muda ini dan kini mereka menempah nama bersama kelab dan pasukan-pasukan negeri.

Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment