Terkini!
Loading...

BOATENG TAWAR DIRI, ANGGAP MALAYSIA MILIKI RAMAI PEMAIN BERPOTENSI

Bekas pengendali Kelantan, George Boateng menegaskan Harimau Malaya memerlukan sentuhan jurulatih asing, sambil tidak berselindung menawarkan dirinya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dollah Salleh itu.
Boateng sedar rekod kejurulatihannya bersama Kelantan tidak begitu menarik, namun beliau pasti faktor itu tidak mencerminkan keyakinan peminat tanah air terhadap hasratnya mengemudi skuad senior negara. 

"Pasukan kebangsaan perlukan orang luar. seseorang yang tidak terbabit dengan rutin di sini. Seseorang yang memiliki idea baru dan pengetahuan yang luas. 

"Saya pernah bermain di pentas antarabangsa untuk Belanda dan saya akan menerapkan sesuatu yang berbeza berbanding semasa di Kelantan. 

"Perlawanan antarabangsa temponya agak perlahan tapi mengawal permainan adalah kunci kerana dapat mengurangkan peluang kekalahan. 

"Tidak kira saya atau sesiapa sahaja yang dapat menjawat jawatan itu, adalah penting untuk mengembalikan maruah negara," katanya yang turut pernah beraksi untuk T-Team.

Boateng berpandangan Liga Malaysia memiliki limpahan pemain berbakat untuk diketengahkan buat skuad kebangsaan dan tidak hanya tertumpu kepada muka yang sama sahaja untuk menggalas misi Harimau Malaya. 

"Saya rasa terlalu ramai pemain yang sudah menyarung jersi negara begitu lama dan tempoh mereka sudah berlalu. 

"Pasukan kebangsaan perlu mengetengahkan muka baru untuk membentuk sebuah pasukan pada 3-4 tahun akan datang. 

"Saya rasa ramai pemain yang dipanggil berdasarkan kecemerlangan mereka sebelum ini. 

"Adakalanya ia tidak adil kerana ada pemain yang berada di tahap terbaik dan mereka patut bermain. Saya berharap ia perkara baik untuk negara ini."


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment