Terkini!
Loading...

KIM SWEE MINAT PIKUL AMANAT NEGARA


Jurulatih sementara negara, Datuk Ong Kim Swee tidak berselindung menyatakan minat mengisi kedudukan jurulatih kebangsaan selepas FAM membuka iklan untuk mendapatkan pengganti Dollah Salleh.
Kim Swee yang memiliki rekod positif sepanjang menjadi jurulatih sementara Harimau Malaya dengan satu kemenangan, dua seri dan keputusan menentang Arab Saudi yang belum lagi diketahui, bagaimanapun terpaksa mendahulukan majikannya jika benar mereka utama khidmat pengendali luar kali ini. 

"Kalau  kata tak berminat itu sesuatu yang tidak benar. Bagi saya semua jurulatih inginkan jawatan jurulatih negara. 

"Ini satu peluang keemasan dan pada masa yang sama bagi saya membuktikan jika saya mampu mencapai keputusan yang baik pada tiga perlawanan akan datang sebelum akhir tahun ini, terpulang kepada pihak tertentu untuk menentukan sama ada saya layak atau tidak," jelasnya. 

Namun beliau mengakui telah mengadakan perbincangan awal dengan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mokhtar Ahmad pada Selasa berhubung statusnya selepas Disember. 

Ini kerana Kim Swee juga memerlukan jawapan FAM memandangkan keperluan untuk percaturan masa depannya selepas ini andai jodohnya dengan badan induk itu tidak berpanjangan. 

"Kita tahu jawatan pasukan kebangsaan dan skuad bawah-23 tahun dibuka. Saya dah dengar penjelasan dan daripada situ akan menentukan apa yang perlu saya lakukan untuk karier saya."


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment