Terkini!
Loading...

SELANGOR PERLUKAN KEBANGKITAN SEGERA

Pengendali Selangor, Mehmet Durakovic akui skuad kendaliannya berdepan tugasan sukar dalam aksi kumpulan C, Piala Malaysia berdepan T-Team Sabtu ini.
Selepas kekalahan 3-0 di laman sendiri kepada Kelantan dalam aksi pertama Piala Malaysia, Selangor memerlukan kebangkitan segera dalam aksi berdepan T-Team.

Durakovic akui, T-Team bukan lawan mudah dan status sebagai kelab daripada saingan Liga Perdana musim ini bukan ukuran kekuatan sebenar pasukan itu.

"Tidak kesah anda bermain macam mana, sekiranya fokus 90 minit mana-mana pasukan boleh menang. Jadi, kita lebih bimbang berdepan T-Team dan kita akan turun dengan berkeyakinan dan diharapkan kita bangkit," kata Durakovic 

Selangor kini mengharapkan, Ahmad Hazwan Bakri dan Robert Cornthwaite kembali cergas tatkala perancang tengah, Nazmi Faiz Mansor masih menjalani pergantungan perlawanan dan hanya akan kembali untuk aksi berdepan Felda United 26 September ini.

"Kita akan lihat pada minggu ini dan kita akan menjalani latihan hari ini. Hazwan kembali boleh diturunkan tetapi kita ketiadaan Nazmi dan ia satu kehilangan besar buat kita," tambahnya.

Kali terakhir Selangor muncul juara ialah pada 2005 dan musim ini menyaksikan peminat setia Merah Kuning sekali lagi mengharapkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia mampu ditamatkan skuad bimbingan Durakovic itu.


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment