Terkini!
Loading...

SANTOKH SINGH BANTAH LANTIK JURULATIH IMPORT

Pemain legenda negara, Santokh Singh menganggap Datuk Ong Kim Swee berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selaku pemangku jurulatih kebangsaan negara.
Menurut beliau, bukan mudah untuk bangkit selepas tewas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun mempamerkan aksi jauh lebih meyakinkan ketika tumpas 2-1 kepada Arab Saudi pada 8 September lalu. 

"Memandangkan beliau melakukan tugas yang bagus sekarang hanya tewas 2-1, itu petanda yang bagus.

"Kenapa tidak biarkan beliau meneruskannya?" katanya semasa ditemui perasmian Kejohanan Piala Remaja Merdeka. 

Pertandingan anjuran Kelab Nuha di padang Majlis Sukan Negara itu membabitkan 32 kelab remaja bawah 14 dan 16 tahun.

Santokh turut membantah cadangan calon import dilantik bagi mengendalikan Harimau Malaya dengan menegaskan, "Saya tidak bersetuju berkenaan cadangan melantik jurulatih luar.

"Ketika kami layak ke Olimpik Munich 1972, kami dibimbing Jalil Che Din. Ia tiada beza, jurulatih tetap jurulatih."


Sumber : Astro Arena
Share on Google Plus

Mengenai Saya Apply Now | Pembiayaan Peribadi

Assalamualaikum...Saya Apizz Ghani..Selamat Datang Ke Stadium Arena. Saya Merupakan Blogger Separuh Masa dan Bergiat Aktif Dalam Sukan Bola Sepak Dan Futsal..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment